Home Artikel PAS Sarawak

Majlis Perasmian Alam Ria PASTI Kawasan Miri 2017

685 views
SHARE


MIRI
– 23 April 2017 bersamaan 26 Rejab 1438H telah berlangsung Alam Ria PASTI Kawasan Miri bertempat di Kampung Sukan Petronas Miri yang telah dianjurkan oleh Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri.

Majlis Perasmian Alam Ria Kawasan Miri 2017 telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak iaitu En Mohamad Arifiriazul bin Paijo dan turut dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri, Tuan Haji Jofri bin Jaraiee dan AJK PAS Pusat, Muhtar bin Suhaili.

Di dalam ucapan perasmian, En Arifiriazul Paijo menyebut bahawa Islam tidak pernah melarang ummatnya untuk berhibur, akan tetapi hiburan tersebut hendaklah tidak bercanggah dengan syariat Allah.

Ujar beliau lagi, “Hari ini, kita sangat gembira melihat anak-anak membuat persembahan, tetapi dalam masa yang sama, persembahan mereka sarat dengan mesej dakwah dan peringatan buat kita sebagai umat Islam”.

Menariknya, beliau turut berkongsi tips Tarbiyatul Aulad yang perlu diamalkan oleh setiap ibubapa dalam institusi kekeluargaan iaitu:

1. Ajarkan anak-anak berkenaan kalimah Laillahaillallah. Kalimah penting bagi membezakan Islam dan bukan Islam. Malah ianya penting juga untuk membina jati diri anak untuk mengenal Ilah (Tuhan yang satu).

2. Ajarkan anak-anak akan Al-Quran dan Al-Hadis. Ini kerana keduanya adalah asas dalam syariat Islam. Al-Quran juga perlu dijadikan sebagai sumber motivasi dan ketenangan dalam aktiviti harian di rumah.

3. Ajarkan anak-anak tentang hukum dan syariat Islam agar mereka tahu batas dan syariat.

4. Dedahkan anak-anak dengan Sirah Rasul dan kisah para sahabat supaya anak-anak lebih cintakan Islam.

Tambahan lagi, beliau turut mencadangkan agar Ibubapa dapat meluangkan masa sehari dalam setahun bagi melihat perhimpunan pagi anak-anak di PASTI.
Rutin harian anak-anak setiap hari dimulakan dengan laungan Takbir, Selawat, Zikir serta pergerakan fizikal bagi tujuan melahirkan generasi Al-Quran yang cintakan Allah seta Rasulullah SWT.

Diakhir ucapan perasmian, beliau juga menyarankan agar setiap PASTI cawangan menubuhkan Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (JIBG). Jawatankuasa ini bakal menjadi platform terbaik buat ibubapa dan penjaga terlibat secara langsung dalam memajukan lagi PASTI di kawasan Miri.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Alam Ria PASTI Kawasan Miri 2017.

{jathumbnail off}