Home Berita PAS Perlis

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Padang Besar Meriah

1233
SHARE

Oleh: Aziz Ahmad

PADANG BESAR : Bertempat di Dewan Seri Melati, Beseri, telah berlangsung Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Padang Besar, pada 18 November 2017.

Seramai 297 orang pelajar daripada 11 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di dalam kawasan Padang Besar telah diraikan dalam majlis yang penuh meriah pada kali ini.

Majlis telah berjalan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran manakala sesi petang pula dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Dr Saifizi Saidon.

Dalam ucapan perasmian Sessi petang. Dr Saifizi mengingatkan ibu bapa akan peri pentingnya mendidik anak-anak mengikut landasan yang betul iaitu mengenal Allah S.W.T.

Ujarnya lagi, PAS sangat komited untuk melahirkan generasi yang seimbang duniawi dan ukhrawi sebagaimana tuntutan Islam.

Sempena majlis konvokesyen kali ini, dua pelajar telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik yang menerima anugerah “Best of the best” iaitu Ajmal Wafi Bin Mohd Aizat Afifi dari PASTI Nurul Hayah untuk kategori pelajar 5 tahun dan Mohd Danial Bin Abdul Rahim dari PASTI Nur Hana untuk kategori pelajar 6 tahun.

Anugerah Pengurus PASTI Cemerlang pula diberikan kepada semua pengurus PASTI yang berpenat lelah mengurus PASTI masing-masing.