Home Artikel PAS Perlis

Al-Furqan Kids Johan Kumpulan Pertandingan Bola Sepak Bawah 9

68 views
SHARE

Oleh : Izzuddin Ahmad


KANGAR :: SRI Al-Furqan telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 9 Tahun di Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Berprestasi Tinggi, yang diadakan sempena Karnival Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik SK Sena pada 15 November yang lalu.

Al-Furqan Kids telah muncul sebagai johan dalam peringkat Kumpulan D selepas menewaskan SK Seberang Ramai dengan 4-1, dan SK Seri Perlis dengan jaringan 1-0 seterusnya layak sehingga peringkat suku akhir.

Menurut ketua jurulatih, Mohd. Amzar bin Ismail, beliau berpuas hati dengan pencapaian pasukannya meskipun gagal ke peringkat akhir.

“Penglibatan kita adalah pengalaman yang akan membawa kepada kemenangan masa hadapan dan selepas ini, kita akan berusaha untuk memenangi kejohanan-kejohanan  seterusnya.”

“Walaupun latihan kita penuh dengan kekangan masa dan prasarana, tapi pemain kita menunjukkan prestasi yang sangat menakjubkan sehingga layak ke suku akhir. Kita gembira dan sangat bersyukur kepada Allah dengan pencapaian skuad muda kita”

Kejohanan berakhir dengan johan dimenangi oleh pasukan tuan rumah.