Home Berita PAS Pahang

Majlis Guru PASTI Bentong selesai Mesyuarat Agung Tahunan

345
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 11 Feb :: Majlis Guru PASTI (MGP) Bentong selesai melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dengan jayanya bertempat di Pra Tahfiz, PASTI An-Nur, di sini Ahad lalu.

Berbekal motto ‘Membina Generasi Rabbani’, seramai 19 orang guru dari enam buah PASTI sekitar Bentong menghadiri MAT yang dirasmikan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Bentong, Mohd. Naqib Sahimi.

Di dalam ucapannya Mohd. Naqib mengucapkan tahniah kepada MGP Bentong atas kejayaan melaksanakan kewajipan bermesyuarat agung dan membuka tirai sesi  ini dengan semangat baru.

“Tahniah dan takziah juga diucapkan kepada semua yang dilantik dan semoga dapat menjalankan tugasan dengan penuh ikhlas dan dedikasi,” katanya.

Dalam mesyuarat itu perwakilan sebulat suara memilih Noraniza Jaafar selaku pengerusi baru MGP Bentong yang sebelum ini memangku jawatan sama rentetan perletakan jawatan pengerusi terdahulu, Kamsiah Mohd. Akik.

Noraniza yang juga merupakan setiausaha Dewan Muslimat PAS (DMP) Bentong akan dibantu guru PASTI senior Murniyati Alias dari PASTI At-Taqwa, Lurah Bilut sebagai Timbalan Pengerusi MGP.

Selain itu, Nor Fahimah Mohd. Yatim telah diberi kepercayaan memegang jawatan Setiausaha dan Nurun Nuha Mohd.Akik dipilih sebagai Bendahari bersama lapan orang lagi ahli jawatankuasa baharu.

“Semoga kepimpinan yang baru dipilih ini dapat memperkasakan lagi MGP Bentong dan membawa PASTI ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Naqib meniup semangat di hadapan guru-guru.

Yang terlibat dalam MAT itu adalah PASTI-PASTI Al-Falah Batu Satu, Ar-Rahman Chegar Medang, At-Taqwa Lurah Bilut, Al- Ikhwan Mempaga, An-Nur Taman Kolej dan Iqra’ Karak.

Turut hadir ialah Pengerusi PASTI Bentong, Zulkifli Mohamad dan ahli jawatankuasa DPPK Bentong.