Home Rencana PAS Wilayah

Maal Hijrah Seruan Menyatukan Ummah

56
SHARE

Sambutan Maal Hijrah yang disambut pada setiap 1 Muharram, bukan hanya menandakan permulaan tahun baru Hijrah bahkan merayakan kejayaan Rasulullah SAW dalam membina sebuah negara majmuk Madinah yang masyarakatnya teguh dengan nilai-nilai Islam dan bersatu-padu berlandaskan keimanan kepada Allah Yang Esa.

Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa RA., Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin dengan orang Mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari Baginda.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Sesuai dengan tema Maal Hijrah tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, marilah kita umat Islam khususnya menguatkan kembali perpaduan sesama kita dan seterusnya seluruh masyarakat Malaysia amnya sebagaimana seruan Rasulullah SAW di Madinah dahulu.

Salam Maal Hijrah 1444 H.

#Islam Menyatukan Ummah
#MalaysiaSejahtera

“Islam Menyatukan Ummah”
“Wilayah Sejahtera”

Ustaz Haji Azhar Yahya
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu
Penyelaras Parlimen Batu (PAS)

serta seluruh kepimpinan PAS Kawasan Batu

Jumaat, 29 Zulhijjah 1443 bersamaan 29 Julai 2022