Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

LPTPOA DMPM menyantuni Penduduk Orang Asal Kampung Peti, Jempol Negeri Sembilan.

36
SHARE

oleh: Che Oum Mohd Ali

28 April 2021, Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal (LPTPOA) DMPM dengan Kerjasama DMPN Negeri Sembilan dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Negeri Sembilan telah menyantuni 10 keluarga Islam Orang Asal Jempol.

Program dilaksanakan di Surau Kampung Orang Asli Batu Peti. Jempol dan sumbangan berbentuk sebuah tong gas serta kuih raya telah disampaikan oleh Puan Norazlin Md Samsudin, Pengerusi LPTPOA Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Tuan Haji Ishak Haji Omar, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan.

Penerima sumbangan terdiri daripada 10 keluarga Islam di kalangan orang asal dari 3 perkampungan orang asli sekitar Batu Peti.