KUALA TERENGGANU – Kes baharu Covid-19 dalam negeri Terengganu berkurangan dalam tempoh tiga hari berturut-turut, dengan sejumlah 46 kes dilaporkan.
Jumlah itu menjadikan jangkitan kumulatif meningkat kepada 10,567.
Terdahulu, negeri berkenaan mencatatkan 82 kes baharu positif semalam selepas 66 kes baharu, kelmarin.
Terengganu kekal menjadi antara tiga negeri terendah angka harian dalam tempoh tersebut mengikuti Putrajaya dengan tujuh kes dan Perlis (5).
Negeri lain mencatatkan angka bawah 200 iaitu Kelantan dengan 179 kes, Labuan (158), Melaka (145), Perak (121) dan Pahang (78).
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes Covid-19 dalam negara turut berkurangan buat hari kedua berturut-turut, dengan sejumlah 5,304 kes dilaporkan hari ini.
Jumlah itu menjadikan jangkitan kumulatif meningkat kepada 657,508.