Home Berita PAS Terengganu

Lockdown Diri Sendiri Putuskan Rantaian COVID-19

100
SHARE

Oleh: Faizal Ghani Al Medaniey

KUALA TERENGGANU, 27 Mei – Masyarakat digesa untuk sama-sama berganding bahu membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi merayu agar rakyat negeri ini dapat mengikuti kempen yang disarankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

“Saya menyeru dan merayu agar kita semua rakyat negeri Terengganu khususnya penduduk di dalam kawasan DUN Batu Buruk agar melakukan “Lockdown Diri Sendiri” sebagaimana pesanan dari JKNT bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negeri kita,” katanya dalam satu status Facebook miliknya, semalam.

Tambahnya lagi, melihat keadaan kes harian yang makin meningkat, amat wajar pada waktu ini rakyat menyahut seruan JKNT untuk menyekat penularan virus tersebut.

Beliau juga mengingatkan bahawa ini bukan masa untuk masyarakat bertelingkah sebaliknya semua pihak perlu bersatu bagi menghadapi musuh COVID-19.

“Bukan masanya kita menuding jari dan berbalah menuduh kepada sesiapa sebaliknya kita tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik, perlu bersatu memerangi musuh yang tidak kelihatan ini,” jelasnya.