Home Berita PAS Perlis

LKK PAS Kawasan Kangar Lancar Sumbangan Kerusi Roda

997
SHARE

Oleh: Saffiya Humaira

KANGAR : Keprihatinan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kangar telah mengilhamkan idea Projek Sumbangan Kerusi Roda kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi projek ini, sumbangan kewangan yang diterima daripada orang ramai akan digunakan untuk membeli kerusi roda yang akan disumbangkan kepada para penerima yang dikenalpasti.

Beberapa siri penyerahan telahpun dibuat oleh LKK PAS Kawasan Kangar, antaranya, penyerahan kerusi roda kepada Nah bin Tapa yang telah hilang upaya berjalan akibat patah tulang peha oleh Setiausaha PAS Kangar merangkap Pengarah MTD Bintong, Abd Jamil Kamis di Abi Kampung Tengah.

Turut menerima sumbangan, Abdul bin Bakar yang merupakan pesakit strok dan patah tulang betis sejak 12 tahun yang lalu. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kangar, Ustaz Zahid Ibrahim pada 9 Mac yang lalu.

Sementara itu, pada 11 Mac yang lalu, telah diadakan majlis penyerahan kerusi roda kepada Abu Bakar bin Mat Isa yang menderita penyakit saraf sejak lapan bulan yang lalu, bertempat di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis.

Bagi memastikan kelangsungan projek ini, orang ramai adalah dipelawa untuk menyumbang kepada LKK PAS Kawasan Kangar menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 09010010016455 atas nama ‘PAS Kawasan Kangar’.

Segala sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi LKK PAS Kawasan Kangar, Ustaz Asrul di talian 019-4170244.