Home Berita PAS Selangor

Lintas Langsung serahan bantuan kepada waris ahli PAS Selangor – BPPN Selangor

166
SHARE

 

May be an image of 4 people and people standingLintas Langsung Program Serahan Bantuan Kepada Waris Ahli PAS Selangor Yang Terkorban Akibat Covid-19 – “Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

SHAH ALAM, 5 September – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengambil inisiatif menganjurkan program Serahan Sumbangan Bantuan Kepada Waris Ahli PAS Selangor Yang Terkorban Akibat Covid-19. Program diadakan di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor di Alami Shah Alam.

Di sepanjang pandemik Covid-19 “menyerang” negara seawal tahun lepas, PAS Selangor diselubungi perasaan dukacita bilamana bilangan yang diperolehi daripada PAS Kawasan seluruh Selangor bahawa yang terkorban dikalangan ahli PAS Selangor mencecah angka 100 orang.

Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi hadir bersama di dalam program tersebut. Di samping kepimpinan diperingkat Negeri iaitu Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir Setiausaha Perhubungan, Sdr Rosli Jusoh Pengarah Pilihanraya, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan Ketua Dewan Muslimat, Dato Deepakaran Ketua DHPP Selangor dan bersama YDP dan Setiausaha PAS Kawasan yang mewakili keluarga atau waris.

Di dalam majlis yang berlangsung tersebut, YB Dato Pesuruhjaya PAS Selangor turut memperingati sumbangan khidmat setia beberapa individu dikalangan ahli yang terkorban dan menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut. Serahan sumbangan tersebut juga diteruskan ke tiga lokasi rumah dikalangan pimpinan peringkat Kawasan disekitar Kawasan Kapar dan Klang.

Majlis yang ringkas itu turut disusuli dengan kesempatan melancarkan T.shirt Korporat PAS Selangor yang akan digunapakai secara rasmi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor