Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lima Soalan Memahami Fikrah Asasiyyah

2221
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Setiap manusia memiliki fikrah asasiyyah (fikrah tersendiri) walaupun fikrah tersebut berbeza dengan orang lain.

Menurut Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin, fikrah tersebut menjadi faktor yang menentukan sama ada manusia berada pada jalan yang benar atau salah.

Justeru tambah beliau, manusia mestilah memelihara fikrah asasiyyah masing-masing agar mereka tidak terbabas daripada jalan yang diredhai Allah S.W.T.

“Jika fikrah ni kita jaga dengan baik, insyaAllah kita akan terus berada di jalan yang betul, tapi sebaliknya jika fikrah kita rosak, kita akan terbabas daripada landasan kebenaran,” katanya ketika menyampaikan kuliah dalam slot Bicara Murabbi Ijtima’ Tarbawi 6.0 di Kompleks Pendidikan MATIN, di sini petang tadi.

Katanya, dalam memahami makna fikrah asasiyyah ini, setiap manusia perlu mencari jawapan kepada lima persoalan.

“Soalan pertama, siapa yang menjadikan kita dan keduanya mengapa Allah jadikan kita?

“Seterusnya, apakah tugas dan tanggungjawab kita kepada Allah dan keempat bagaimanakah hubungan kita dengan alam (semua kejadian selain Allah)

“Soalan kelima, ke mana kesudahan kita?” Katanya.

Menurutnya lagi, kegagalan mencari jawapan yang benar kepada semua persoalan ini akan menyebabkan manusia sentiasa berada dalam kesesatan sepanjang kehidupan mereka.