Home Minda Presiden

Lgbtq kemungkaran besar yang wajib dicegah

74
SHARE

Minda Presiden PAS
[Bil: 83 / 2023]
LGBTQ KEMUNGKARAN BESAR YANG WAJIB DICEGAH


LGBT ialah suatu akronim yang merujuk kepada kelompok lesbian, gay, biseksual (dwiseks), dan transgender, malah adakala ditambah queer (menjadi LGBTQ).

Segala perbuatan itu ialah kemungkaran yang nyata, dan wajib dicegah dengan tegas. Sikap berkecuali terhadap kemungkarannya dan reda kepada kemungkaran merupakan salah satu bentuk kemungkaran bersamanya juga.

Al-Quran melaporkan betapa umat terdahulu dilaknat Allah, apabila mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku. Hal ini dirakam dalam al-Quran supaya menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam, bukan sahaja terhadap mereka yang melakukan kemungkaran itu. Firman Allah SWT:

﴿لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسْرَآءِيْلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ٧٩﴾

“Telah dilaknati orang-orang kafir daripada kalangan Bani Isra’il dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Oleh yang demikian, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka antara satu sama lain sentiasa tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan. (79)” [Surah al-Ma’idah: 78-79]

Justeru, Allah mewajibkan adanya kumpulan dan pihak yang berkuasa dalam kalangan umat Islam, bagi melaksanakan peranan amar ma‘ruf dan mencegah kemungkaran. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾

“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf dan mencegah daripada perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” [Surah Ali ‘Imran: 104]

Berpandukan ayat di atas, bermakna gagal dan celakalah bagi sesebuah negara dan umat yang tidak melaksanakan kewajipan tersebut.

Allah menetapkan bahawa perbuatan menyuruh kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran itu menjadi salah satu sifat umat Islam terbaik, sebagaimana yang dijelaskan oleh firman-Nya:

﴿كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ…١١٠﴾

“Kamu ialah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf, dan mencegah daripada perkara yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” [Surah Ali ‘Imran: 110]

Bermakna tidak ada kebaikan bagi umat yang tidak menunaikan kewajipan itu.

Bahkan, nahi munkar juga menjadi salah satu daripada ciri sebuah negara Islam. Firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah jua kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Berdasarkan ayat di atas, ini bermakna sekiranya pihak yang berkuasa tidak mencegah kemungkaran, ia akan mengurangkan sifat dan rukun bagi sesebuah negara Islam, lalu mencacatkannya.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa nahi munkar adalah penentu tahap keimanan seseorang dengan sabdanya:

 مَن رَأَى ‌مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ.

“Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (kuasa memerintah dan bertindak). Jika tidak mampu (mencegahnya dengan tangan), maka cegahlah dengan lidahnya. Jika tidak mampu (mencegahnya dengan lisan), maka cegahlah dengan hatinya (kebencian terhadap kemungkaran). Dan itulah selemah-lemah iman.” [Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 49, daripada Abu Sa‘id al-Khudri]

Kalangan yang lemah imannya atau imannya menipu tidak boleh diberikan kepercayaan bagi menyelamatkan umat dan negara. Firman Allah SWT:

﴿يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ٩ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ١٠ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ١٢﴾

“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. (9) Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah akan penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta. (10) Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.’ Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya, kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.’ (11) Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (12)” [Surah al-Baqarah: 9-12]

Maka, orang yang lemah imannya atau imannya menipu tidak boleh dipercayai sekali-kali. Sekiranya reda pula dengan kemungkaran yang berlaku, maka hukumnya mengikut jenis kemungkaran itu.

LGBTQ ialah kemungkaran yang sangat besar kerana perbuatan itu dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya. Hukumannya amatlah berat dan Islam tidak memberikan hak pengampunan kepada pemerintah yang berkuasa atau lembaga pengampunan yang dilantik kerana ia termasuk dalam hak Allah SWT bukannya hak manusia.

Apabila mereka telah dihukum, sama ada disabitkan dengan ikrar, atau saksi atau keterangan atau qarinah lain yang disebutkan sebagai bukti (evidence) berpandukan al-Quran dalam cerita Nabi Yusuf AS. Firman Allah SWT:

﴿قَالَ هِيَ رَٰوَدَتۡنِي عَن نَّفۡسِيۚ وَشَهِدَ شَاهِدٞ مِّنۡ أَهۡلِهَآ إِن كَانَ قَمِيصُهُۥ قُدَّ مِن قُبُلٖ فَصَدَقَتۡ وَهُوَ مِنَ ٱلۡكَٰذِبِينَ٢٦ وَإِن كَانَ قَمِيصُهُۥ قُدَّ مِن دُبُرٖ فَكَذَبَتۡ وَهُوَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ٢٧ فَلَمَّا رَءَا قَمِيصَهُۥ قُدَّ مِن دُبُرٖ قَالَ إِنَّهُۥ مِن كَيۡدِكُنَّۖ إِنَّ كَيۡدَكُنَّ عَظِيمٞ٢٨﴾

“Yusuf berkata, ‘Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)’, dan seorang saksi daripada keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya, ‘Jika baju gamisnya koyak di muka (hadapan), maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. (26) Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar.’ (27) Maka, tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang, maka berkatalah dia, ‘Sesungguhnya (kejadian) itu adalah antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.’ (28)” [Surah Yusuf: 26-28]

Tanda yang terdapat pada pakaian itulah yang menjadi bukti kesalahan wanita tersebut, bukannya diambil daripada ikrar dan saksi.

Sedangkan berpakaian lelaki mahupun wanita sahaja sudah dilaknat oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

لَعنَ رسُولُ اللَّه ﷺ الرَّجُلَ يلْبسُ لِبْسةَ المرْأةِ، والمرْأةَ تَلْبسُ لِبْسةَ الرَّجُلِ.

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpakaian lelaki.” [Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Libas, No. 4098, daripada Abu Hurairah]

Oleh itu, melakukan hubungan seks antara kedua-duanya dengan cara yang lebih keji adalah lebih besar kemurkaan terhadapnya.

Perangai tersebut dipengaruhi oleh kaum yang dilaknat oleh Allah dalam kalangan umat pada zaman dahulu dengan azab serta bencana dunia dan seksa di Hari Akhirat. Hal ini disebutkan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَتَأۡتُونَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ٨٠﴾

“Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka, ‘Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?’” [Surah al-A‘raf: 80]

Allah SWT memberi amaran melalui firman-Nya:

﴿…وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ إِنَّكَ إِذٗا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ١٤٥﴾

“…Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.” [Surah al-Baqarah: 145]

Sabda Rasulullah SAW:

‌لَتَتَّبِعُنَّ ‌سَنَنَ ‌مَنْ ‌كَانَ ‌قَبْلَكُمْ، ‌حَذْوَ ‌الْقُذَّةِ ‌بِالْقُذَّةِ، ‌حَتَّى ‌لَوْ ‌دَخَلُوا ‌جُحْرَ ‌ضَبٍّ ‌لَدَخَلْتُمُوهُ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى، قَالَ: فَمَنْ؟

“Sungguh kamu akan terpengaruh dengan umat pada zaman dahulu sebelum kamu, sedikit demi sedikit, sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kamu turut memasuki bersamanya. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah! Mereka itu Yahudi dan Nasranikah?’ Sabdanya, ‘Lalu, siapakah lagi?’” [Muttafaq ‘Alayh: Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, No. 3456, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-‘Ilm, No. 2669, daripada Abu Sa‘id al-Khudri]

Kini, mereka dinamakan kumpulan berpegang kepada teori liberal yang muncul di negara Barat, atas nama kebebasan hak asasi manusia sehingga terbabas di luar tabii manusia dan tabii sesetengah binatang yang terpelihara dengan tabiinya. Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ١٧٩﴾

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu umpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Rasulullah SAW memberi amaran pada zaman ketiadaan nabi, adanya kemungkaran dalam kalangan mereka yang berbohong dan berdolak-dalik terhadap petunjuk Allah yang dibawa oleh para rasul yang terdiri daripada kalangan yang mengaku menjadi pengikut nabi. Sabda Rasulullah SAW:

‌مَا ‌مِنْ ‌نَبِيٍّ ‌بَعَثَهُ ‌اللهُ ‌فِي ‌أُمَّةٍ ‌قَبْلِي ‌إِلَّا ‌كَانَ ‌لَهُ ‌مِنْ ‌أُمَّتِهِ ‌حَوَارِيُّونَ، وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ، ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ، وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ، فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

“Tiadalah seseorang dalam kalangan nabi yang dilantik oleh Allah kepada umat sebelum aku, melainkan ada bersamanya dalam kalangan umatnya, para pengikut yang setia serta para sahabat yang mengambil ajarannya dan mengikuti perintahnya. Kemudian (berlalu masa), diikuti oleh mereka yang menggantikannya, yang bercakap apa yang tidak diamalkan (berbohong) dan melakukan apa yang tidak disuruh. (Adalah kemungkaran) maka sesiapa yang berjihad menentang dengan tangannya, maka dia beriman; sesiapa yang berjihad dengan lidahnya, maka dia beriman; dan sesiapa yang berjihad dengan hatinya, maka dia beriman. Maka, tidak ada iman lagi selepas itu walaupun sebesar biji yang paling kecil.” [Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 50, daripada Ibn Mas‘ud]

Hadis ini menunjukkan kemunculan kalangan pemimpin dan kumpulan penyeleweng pada zaman kemudian yang mendukung kemungkaran atau mereka yang membenarkannya atau kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran bertopengkan Islam liberal atau Islam progresif terhadap kemungkaran yang nyata terang lagi bersuluh. Kemungkaran itu yang wajib ditentang habis-habisan demi menyelamatkan umat Islam dan negaranya daripada murka Allah yang akan menempah bencana dunia dan seksa di Hari Akhirat.

Firman Allah SWT:

﴿وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ٢٥﴾

“Dan peliharalah diri kamu daripada bencana yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaan-Nya.” [Surah al-Anfal: 25]

Bencana besar yang menimpa negara dan rakyat umum tanpa mengira siapa apabila ia datang.

Sabda Rasulullah SAW:

لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ شِرَارَكُمْ، فَلَيَسُومُنَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ، ثُمَّ يَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلا يُسْتَجَابُ لَهُمْ.

“Sama ada kamu menyuruh kepada kebajikan dan kamu mencegah kemungkaran atau (kalau kamu meninggalkannya) nescaya Allah (akan menguji kamu) dengan bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu kamu ditimpa azab Allah yang seburuk-buruknya. Kemudian, orang-orang yang baik dalam kalangan kamu berdoa, maka doa itu tidak diperkenankan.” [Al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Fitan, No. 2169, daripada Huzaifah bin al-Yaman. Diriwayatkan juga oleh al-Haithami dalam Majma‘ al-Zawa’id, No. 12134, daripada Abu Hurairah]

Antara azab Allah yang umum ialah masalah kehidupan yang sempit dan menyusahkan seperti kadar jenayah yang meningkat, inflasi, pengangguran, wabak penyakit, bencana alam dan lain-lain dalam aspek kehidupan. Walaupun dalam keadaan kaya raya dari sudut harta dan hasil buminya, tetapi tidak ada keberkatan yang memberi faedah dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT:

﴿وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ١٢٤ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِيٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرٗا١٢٥ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَٰتُنَا فَنَسِيتَهَاۖ وَكَذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَىٰ١٢٦﴾

“Dan sesiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. (124) Berkatalah dia, ‘Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?’ (125) Allah berfirman, ‘Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.’ (126)” [Surah Taha: 124-126]

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 18 Rabi‘ al-Awwal 1445/ 3 Oktober 2023