Home Berita PAS Pulau Pinang

LGBT: Menjadi Tanggungjawab Pengkuliah di Masjid Menerangkan kepada Masyarakat

877
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru melahirkan rasa kekecewaan apabila dikatakan masjid-masjid yang tidak mesra dengan kerajaan negeri memanggil pengkuliah-pengkuliah yang membawa topik panas seperti LGBT dan Bible.

Perkara ini dibangkitkan oleh ADUN Bayan Lepas, Yang Berhormat (YB) Azrul Mahathir bin Aziz ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Ketua Menteri 1 pada 14 November 2018.

Kami ingin memberi teguran kepada YB bahawa perkara berkaitan LGBT perlu diberi peringatan kepada masyarakat tidak kira oleh masjid yang mesra atau tidak mesra dengan kerajaan negeri kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan terkutuk dan menyebabkan berlakunya bala ke atas sesuatu masyarakat.

Peringatan ini juga sepertimana yang diceritakan dalam Al-Quran dalam surah Al-A’raf ayat 80 hingga 84 tentang balasan kepada kaum nabi Luth yang melakukan hubungan songsang.

Kami menggesa agar YB lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Slogan Rahmatan lil A’lamin sepatutnya digunakan dalam menjauhkan ummah daripada bala Allah SWT, bukan menyekat pengkuliah daripada memberi penerangan tentang LGBT.

Mohd Farhan bin Yusri
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru