Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Usaha musuh-musuh Islam adalah untuk:
1. Mencabar Ummat Islam ( Nak lihat masih adakah sensitiviti dalam diri mereka atau lebih mudah masih kuatkan iman mereka).
2. Menormalisasikan aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan Syariat Islam dan menarik Ummat Islam untuk bersama dengan aktiviti ini (target mereka bukan untuk bukan Islam).
3. Menjauhkan Ummat Islam dari pegangan Islam sedikit demi sedikit. ( mereka biarkan ummat Islam bertudung dan berstatus Islam dalam IC atau pada luaran), tetapi sedikit sedikit mereka membawa anak-anak muda dan ummat Islam meninggalkan syariat Islam atas nama kebebasan.
Apa tanggungjawab kita?
1. Mencegah kemungkaran kejahatan ini dan usaha ini dengan kuasa yang ada, samada kementerian dan Jabatan agama Islam melalui akta dan enakmen yang diperuntukan dalam Perlembagaan dan Enakmen kerajaan Negeri.
2. Ummat Islam sentiasa berada dalam menambah dan menguatkan keimanan dengan mendekati Majlis ilmu dan bersama perjuangan menentang usaha ini.
3. Para ilmuan dan Asatizah Wajib mengambil tanggungjawab untuk menyampai ilmu dan mendedahkan secara berfakta Segala bentuk perancangan musuh Islam ini, agar kita tidak berada dalam keadaan Naif dan jahil dgn kebejatan perancangan jahat musuh ini.
4. Menjauhkan diri daripada sebarang usaha musuh ini dan sentiasa memantau keluarga dan saudara terdekat. Komuniti perlu juga memainkan peranan dalam usaha mencegah
5. Para guru dan cikgu yang berada dalam Sistem pendidikan Negara juga boleh berperanan mendidik anak-anak didik agar sentiasa memahami kejahatan dan kemudaratan LG-BT.
6. Kami memohon semua pihak yang berkuasa untuk memgambil tindakan yang tegas dengan isu ini, kerana ia melibatkan mencabar Islam yang menjadi asas dalam negara kita. Perkara ini dengan terancang satu demi satu dan saban tahun berulang.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor