Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS Negeri Melaka

115
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS-HANIFF ABDUL RAHIM-LURIMA

AYER KEROH, 27 Feb: PAS Melaka telah melaksanakan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang berlangsung di Hotel Mudzaffar, di sini, pagi tadi.

Dua pembentang daripada Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Bendahari, Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin telah membentangkan kertas kerja di dalam program ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail turut menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Nordin.

Seramai 260 orang pimpinan PAS Melaka daripada pelbagai peringkat telah menyertai program ini yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Berikut ialah foto-foto menarik yang terakam dalam program ini:

SESI PENDAFTARAN DAN PEMBUKAAN

TAKLIMAT BANTUAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR OLEH PENGARAH JPRN PAS MELAKA

NYANYIAN LAGU DAN UCAPAN ALU-ALUAN PESURUHJAYA PAS MELAKA

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

PESERTA KHUSYUK MEMDENGAR PEMBENTANGAN

SESI DIALOG

PENGHARGAAN

REHEARSAL OLEH ANGGOTA JABATAN PENERANGAN PAA MELAKA MALAM SEBELUM PROGRAM BERLANGSUNG