Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Misi bantuan pasca banjir PAS Kawasan Tangga Batu ke Puchong Selangor

170
SHARE

Oleh IBNU JANIE | ANUAR IBRAHIM

PUCHONG, 29 Dis: PAS Kawasan Tangga Batu telah menghantar bantuan banjir berupa 300 unit selimut toto dan bantal untuk diedarkan pada mangsa-mangsa banjir di dalam Parlimen ini, semalam.

Misi diketuai Yang Dipertuanya, Bakri Jamaluddin, juga turut disertai oleh Naib Yang Dipertua, Rafie Ahmad dan Pengerusi JPRD PAS Pantai Kundur, Ramlan Amad.

Bantuan diterima oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor, Abdul Shukor Mustaffa dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong, Ustaz Syed Mohd Faris Syed Roslan bagi pihak Bilik Gerakan Banjir Perikatan Nasional Puchong.

Berikut ialah antara foto-foto menarik yang terakam di LENSA WARM :

Tiba di PASTI Assyifaa’ Taman Puchong Utama untuk majlis ringkas penyerahan bantuan. Barangan diturunkan daripada lori besar untuk dipindahkan ke kenderaan pacuan empat roda kerana jalan ke Kampung Kenangan tidak muat untuk lori besar.

Tiba di Bilik Gerakan Bantuan Banjir Perikatan Nasional Puchong di Kampung Kenangan.

Program edaran sekitar Kampung Kenangan, Puchong, Selangor