Home Artikel PAS Negeri Sembilan

#Lenggeng | PAS Seremban prihatin kebajikan penduduk di Broga (21/10/2017)

94 views
SHARE

BROGA, 21 Oktober – Keprihatinan PAS terhadap komuniti kecil di kampung-kampung tidak pernah diabaikan.

Terbaru, PAS DUN Lenggeng telah mengadakan ziarah kepada kumpulan masyarakat yang susah, OKU, ibu tunggal dan masyarakat Tionghua di Broga, hari ini (21 Oktober).
.
Ziarah Kebajikan ini turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban, Saudara Khairul Yazman Yahaya, Pengarah PAS DUN Lenggeng, Saudara Muhammad Ghazalli Abu Bakar dan beberapa AJK Kawasan dan Cawangan.

Antara yang dikunjungi ialah rumah Mr Ah Gan yang juga merupakan penduduk Pekan Broga dan antara penggerak pilihanraya PAS Lenggeng.

Selain itu, beberapa indiividu turut dikunjungi antara mereka ada yang sedang menjalani rawatan penyakit kronik, ibu tunggal dan golongan asnaf.