Home Berita PAS Sabah

Lebih 50 keluarga asnaf mendapat bantuan

775
SHARE

 

Oleh : Aizal Samsaruddin

20 Mei 2020

SEMPORNA: Pemuda PAS Semporna kini giat mengedarkan barangan keperluan asas kepada asnaf di sekitar parlimen Semporna di bawah Projek Kasih Ramadan di sini semalam.

Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial Dan Khidmat Masyarakat, Razis Asparin berkata, agihan barangan keperluan asas diberikan kepada lebih 50 keluarga asnaf.

Katanya, Pemuda PAS Semporna telah membuka kutipan sumbangan bagi menjayakan projek Kasih Ramadhan ini dan hasilnya dapat membantu lebih banyak keluarga daripada sebelumnya.

Pemuda PAS Semporna merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbangkan sedikit harta untuk membantu golongan yang lebih memerlukan.

Projek Kasih Ramadhan Pemuda PAS Semporna kali ini mendapat kerjasama daripada PAS Kawasan Semporna dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Semporna.