Home Berita PAS Negeri Sembilan

Lebih 400 penyokong iringi Calon PN N18 Pilah dan N19 Johol

53
SHARE

 

Oleh NAZIRUL MUNIR

KUALA PILAH, 29 Julai – Seramai lebih 400 orang penyokong Perikatan Nasional berkumpul mengiringi Calon PN N18 Pilah dan N19 Johol di sini, hari ini.

Perarakan bermula dari Masjid Jamek Yamtuan Raden terus menuju ke Pusat Penamaan Calon yang telah di tetapkan oleh pihak SPR.

N18 Pilah di Dewan Dato’ Bahaman Shamsudin manakala N19 Johol di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Turut hadir, AJK PAS Pusat, Mazri Yahya, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Perikatan Nasional Negeri Sembilan meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha sebagai calon N18 Pilah manakala YDP PAS Kawasan Kuala Pilah, Kamarudin Md Tahir di N19 Johol.

Pegawai Pengurus N18, Mohd Faizal Abdul Manap menyatakan penghantaran borang penamaan calon dibuka dalam tempoh 1 jam bermula 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.