Home Berita PAS Sabah

Lebih 400 ahli PAS sertai Konvensyen PAS Sabah

121
SHARE

Aisyah Ramadha Ismail
02 Januari 2024

Kota Kinabalu : PAS Negeri Sabah telah mengadakan Konvensyen PAS peringkat negeri pada 30 dan 31 disember bertempat di Dewan Utama USIA, 1 Borneo, Kota Kinabalu.

Kehadiran lebih 400 peserta ahli PAS Sabah dari pelbagai jarak geografi yang jauh tidak menghalang semangat peserta untuk menyertai konvensyen.

Turut hadir, ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khiruddin, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pesuruhjaya PAS Sabah, YB Dr. Aliakbar Gulasan, Ketua Penerangan Negeri, Mustaman Mustain, pimpinan negeri serta pimpinan peringkat kawasan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, YB Dr. Aliakbar Gulasan, konvensyen ini adalah agenda tahunan bukan hanya mengumpulkan ahli di semua peringkat.

“Tujuan utama ialah untuk menyampaikan isi kandungan, misi, objektif dan falsafah ucapan dasar Presiden PAS, “katanya.

” Tema yang besar tahun ini(Adil, Prihatin & Berkebajikan) jadi bagaimana kita di peringkat negeri dan kawasan, cawangan dan semua ahli PAS untuk memahami prinsip perjuangan ini yang dikarang oleh Presiden. “ujarnya.

Turut diadakan pada konvensyen tersebut, pelancaran Tiktok PAS Sabah bagi kempen 10K pengikut Harakahdaily Premium yang menawarkan pakej serendah RM10 sebulan.

Anugerah PAS Sabah juga diberikan pada program tersebut, antara anugerah yang diberikan adalah anugerah keahlian paling ramai tahun 2023 seramai 766 orang dianugerahkan kepada PAS Kawasan Sandakan dan Biro paling aktif sesi 2021-2023 dianugerahkan kepada Biro Kebajikan & Keprihatinan Sosial.

Anugerah jasamu dikenang dianugerahkan kepada Mantan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Mohd Aminuddin Aling, mantan Penolong Setiausaha 2 dan 3 Badan Perhubungan PAS Sabah, Mohd. Nasir Morni dan Amiruddin Mohd Rosdi, mantan AJK PAS Sabah, Amboase Ramano dan mantan Calon PRU, Usman Madeaming.