Kuala Kangsar – 21 Julai 2020 – 11.30 Pagi
Lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin di Kuala Kangsar pada pagi hari ini.
Antara sekolah yang terawal dibina di negeri Perak iaitu pada tahun 1923, menempa pelbagai kejayaan dalam akademik dan sukan di peringkat Daerah Kuala Kangsar dan negeri Perak. Semoga memperoleh pelbagai kejayaan dimasa-masa mendatang.
Sempat menitipkan ucapan tahniah dan kepada guru-guru yang bertungkus mengajar melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ketika pandemik Covid-19 yang penuh dengan kesukaran dan cabaran. Semoga memperoleh kebaikan yang kekal abadi.
Turut bersama YB Maslin Sham Razman, ADUN Bukit Chandan, Tuan Haji Mohamad Ridzuan Bin Hasnan, Guru Besar SK Raja Perempuan Muzwin, Encik Mohd Azmi Bin Suradi, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar dan Encik Supian Bin Abdul Latip, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Raja Perempuan Muzwin.