Home Berita PAS Perak

Lawatan Kerja YB Razman Ke IPD Kerian

783
SHARE

Image may contain: 2 people, people sittingLAWATAN KERJA YB RAZMAN KE IPD KERIAN

BAGAN SERAI, 21/07/2020, 8.20am-

Polis Diraja Malayasia merupakan pasukan utama keselamatan yang bertindak menjaga dan menguatkuasakan undang-undang dalam negara. Justeru, demi keharmonian kehidupan seharusnya masyarakat dan polis bekerjasama dimana ia tidak patut dilihat terpisah malahan suatu yang sentiasa berkait rapat demi kelestarian kehidupan masyarakat itu sendiri.

Lanjutan daripada itu YB Tuan Haji Razman Zakaria berkenan melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini. Lawatan bertujuan menyampaikan mesej kerajaan di samping mendapatkan penerangan daripada pihak PDRM berkait tugasan dan keadaan setempat khususnya berhubung situasi pendemik covid19.

Di samping itu ianya juga sebagai suatu penghubung di mana wakil Rakyat berperanan menjadi tali yang mengikat keseimbangan hubungan antara kerajaan dan masyarakat. Ketibaan YB disambut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dan pegawai-pegawai kanan polis yang lain. Kemudian YB dibawa ke bilik mesyuarat dan mendapat penerangan ringkas dari pihak polis seterusnya YB dijemput memberikan ucapan.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Dalam ucapannya beliau yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak memuji kesungguhan pihak polis dan menghargai peranan mereka dalam memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat khususnya dalam situasi pandemik covid-19 ini.

Selepas menjamu selera YB dibawa meninjau keadaan dan prasarana yang terdapat di balai tersebut. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan sidang media bersama wartawan yang hadir.