IPOH – 20 Julai 2020 – 10.00 Pagi
Lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh bersama agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di Ipoh pada pagi hari ini.
Mendapatkan taklimat daripada agensi penting dibawah Kementerian Sumber Manusia, antaranya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Mahkamah Perusahaan Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh.
Memperkasa pembangunan modal insan khusus di negeri Perak, menghubungkan jalinan setiap bagi memperkukuhkan peluang pekerjaan bagi rakyat negeri perak.
Turut bersama ialah Dr. Ruminah Binti Muhamad Zain Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Encik Abdul Ghafar Bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Perusahaan Malaysia dan Encik Muhd Amin Alamin Bin Salam, Pegawai Eksekutif Wilayah Utara Niosh serta Encik Mohd Radzi Bin Bin Maskur, Timbalan Pengarah bahagian latihan ILP Ipoh.