Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak
Gombak, Selangor | 30 September 2020
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dihadiri tetamu daripada Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Alhamdulillah, pembentangan dan sesi soal jawab berjaya diadakan semalam.
Taujihat telah disampaikan oleh Ustaz Sukri Omar selaku Timbalan Ketua DPPNS yang memberi kata-kata semangat untuk pimpinan Harian DPPG untuk terus bergerak aktif sehingga menjelang pilihanraya yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi.
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pilihanraya DPPNS atas kesudian lawatan ke pejabat DPPG serta taujihat yang diberikan semoga ia menjadi suntikkan semangat kepada Harian DPPG untuk terus bergerak maju ke hadapan demi Agama, Bangsa dan Negara.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor