Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR
LARANGAN MASJID DAN SURAU MENJADI TEMPAT PPV DI NEGERI SELANGOR
PESURUHJAYA PAS SELANGOR
Semangat federalisma Kerajaan Putrajaya dengan mempertimbangkan Negeri Selangor yang mempunyai jumlah penduduk negeri teramai di Malaysia telah memfokus pengagihan vaksin yang tinggi.
Berita pada hari ini memaklumkan Selangor telah mencatat jumlah yang telah diberikan vaksin tertinggi. Pun begitu dengan jumlah penduduk teramai, kes positif harian yang tertinggi dan melebihi angka 4 ribu hari ini, Kerajaan Selangor harus terus meningkatkan kapasiti PPV agar target 80 peratus penduduk diberikan vaksin mencapai immunisasi kelompok dan bertukar ke fasa pemulihan seterusnya dapat di percepatkan lagi.
Vaksinasi pekerja industri harus juga diberikan tumpuan dan di segerakan. Agenda pemantauan pematuhan SOP juga perlu terus diperkasakan lagi agar perebakan jangkitan Covid-19 dapat dikawal.
Larangan tidak menjadikan masjid dan surau di Selangor oleh JAIS setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan sebagai PPV saya lihat adalah suatu yang tepat kerana ianya bercanggah dengan keputusan menghadkan bilangan jemaah dan penangguhkan program-program pengimarahan masjid dan surau.
Di Negeri Selangor masih banyak lagi dewan-dewan serbaguna dan dewan awam yang boleh dijadikan PPV. Kapasiti PPV dan vaksinasi bergerak perlu diperingkatkan.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor