Home Berita PAS Wilayah

LAPORAN POLIS PAS LABUAN TERHADAP TAN KOK WAI ATAS PILIHAN RAYA PBT

29
SHARE

Labuan – Satu laporan polis telah dibuat oleh PAS Kawasan Labuan yang diketuai YDP PAS Kawasan Labuan, Tn Hj Hamir bin Zahari, berhubung isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangkitkan oleh Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai.
Kenyataan yang beliau timbulkan menerusi laman berita dalam talian Malaysian Now boleh menggugat keharmonian kaum yang sedia ada dengan mewujudkan perbezaan pandangan dalam masyarakat. Sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal, hal ini akan menyebabkan perpecahan dan permusuhan.
PAS Kawasan Labuan berharap pihak PDRM dan pihak berkuasa menyiasat keterangan beliau dengan lebih lanjut agar keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat dipelihara.
Turut hadir, TYDP PAS Kawasan Labuan, Ustaz Ahmad Junid bin Mohd Aling, NYDP PAS Kawasan Labuan, Hj Abdul Rahim bin Mohd Salleh, Setiausaha PAS Kawasan Labuan, Sitti Salma binti Ambo bersama-sama Naib Ketua Cawangan Layang-Layangan, Hj Mohd Hanifa bin Dawood.