Home Artikel PAS Pahang

Laporan polis berikutan edaran risalah Kristianisasi

724
SHARE
Andan, (lima, kiri) turut hadir ke Balai Polis Beserah

 

KUANTAN: Demi mengelakkan ancaman serta rasa tidak selesa umat Islam di kampung-kampung sekitar Beserah, satu laporan polis telah dibuat berkaitan pengedaran risalah kristianisasi semalam.

 

Menerusi rakaman Cctv, Didapati dua orang wanita yang tidak dikenal pasti bangsanya telah  memasukkan risalah berbentuk dakyah Kristian itu ke dalam peti-peti surat di hadapan rumah penduduk.

 

Setelah menyedari, penduduk telah mengumpulkan buku-buku kecil tersebut yang berjumlah 60 buah semuanya dan laporan polis dibuat oleh seorang ketua kampung.

 

Adun Beserah Andansura Rabu turut hadir ke Balai Polis Beserah bersama dua Pengerusi JKKK kampung sekitar gugusan Beserah, wakil penduduk dan wakil NGO membuat laporan polis bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

 

Laporan polis juga dibuat bagi mencegah perkara tersebut berulang kerana hampir seratus peratus penduduk di situ beragama Islam dan berbangsa Melayu.