Home Artikel PAS Sabah

Kos Mengubati Jauh Lebih Tinggi

672
SHARE

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah sekali lagi mendesak agar kerajaan mengambil langkah untuk menyekat sepenuhnya kemasukan pelancong dari negara China buat sementara waktu.

2. Sehingga hari ini sudah tujuh orang mangsa yang disahkan menghidap Koronavirus.

3. Buat masa ini kerajaan harus memikirkan kesan jangka panjang terhadap keselamatan dan ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan akan terdapat kesan negatif terhadap ekonomi khususnya industri pelancongan.

4. Walaubagaimanapun, pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kos yang sangat besar akan ditanggung sekiranya penyakit ini semakin berleluasa.

5. Saya meyakini cara yang paling sesuai pada masa ini adalah menghalang sepenuhnya kemasukan pelancong dari negara China.

6. Di samping itu, buat masa ini kerajaan juga sepatutnya menasihati semua agensi pelancongan supaya mengehadkan pergerakan pelancong yang sudah berada di dalam negara. Mereka tidak sepatutnya dibawa ke tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah atau pasar yang menjadi tumpuan rakyat.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
29 Januari 2020