Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

103
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

SHAH ALAM, 12 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi gerak kerja kebajikan mereka membantu rakyat dan juga para frontliners. Hari ke-12, program penghantaran sumbangan sarapan pagi dan makan tengahari untuk Pusat Pengambilan Vaksin PPV Hospital Shah Alam diteruskan.

Menurut KRCAMALSELANGOR, program ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga 30 September 2021 (2 bulan) sebagai tanda sokongan terhadap petugas di sini agar mereka fokus dengan tugasan yang diberikan tanpa memikirkan untuk membeli sarapan dan makan tengahari.

“Secara tidak langsung akan mempercepatkan proses vaksinasi di sini dan membantu kerajaan mencapai tahap imunisasi kelompok secepat yang mungkin”.

May be an image of indoor and text that says "BOSS BEE5632 BEE56"KRCAMALSELANGOR turut menjalankan penghantaran makanan siap bermasak untuk dua buah keluarga yang sedang kuarantin. Lima anak beranak sekeluarga dan sebuah keluarga asnaf ibu tunggal yang mempunyai enam orang anak.

Menurut kenyataan KRCAMALSELANGOR, penyelarasan tugasan relawan amal dan van amal serta memastikan relawan amal selamat dan dilindungi, juga kenderaan yang digunakan disanitasi selepas digunakan. Hari ini relawan membawa tiga orang pesakit untuk proses saringan di CAC Pelabuhan Klang.

May be an image of 1 person, standing, fire and outdoorsDi petang hari pula relawan KRCAMALSELANGOR akan bertugas pula untuk program pengurusan jenazah Covid 19 di Perkuburan Islam Selat Klang. “Sebelumnya malam tadi relawan mengendalikan operasi memadam kebakaran kilang kerana kebetulan Relawan KRCAMALSELANGOR ini juga adalah anggota Bomba Sukarela Briged Amal”, tambahan keterangan.

May be an image of 2 people, people standing, car and headscarf

Kenderaan Waqaf KRCAMALSELANGOR pula terus menjalankan tugasan atau tanggungjawab wajib mereka iaitu :-

1. Menghantar anak asnaf dan ibunya untuk proses dialisis mingguan (3 kali seminggu)

May be an image of 1 person and headscarf2. Menghantar asnaf ibu tunggal setiap Isnin hingga Jumaat untuk berniaga di Gerai Asnaf KRCAMALSELANGOR. Asnaf dengan tanggungan lima anak ini sejak berhijrah ke Kota Raja hanya mempunyai sebuah motorsikal sahaja.

May be an image of 1 person, standing and outdoors

3. Menyumbangkan sedikit kewangan untuk seorang ibu tua warga Indonesia yang sejak 8 hari lalu hanya berlindung di sebuah pondok gazebo padang rakyat Jalan Kebun.

Semoga gerak kerja berbentuk kebajikan ini memberi kelapangan kepada masyarakat yang memerlukan disaat sesetengah ahli politik sibuk dengan cita-cita merebut kuasa tanpa menghiraukan kebajikan frontliners dan rakyat yang menderita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor