Home Rencana PAS Selangor

Pelancaran kempen kibar jalur gemilang sempena ‘Bulan Kemerdekaan’ – BPPN Selangor

248
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "E RAMILAN Pelarsaran Xemper KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN "KIBARKAN JALUR GEMILANG" 14 OGOS 2021 SABTU 9.00 PAGI PERKARANGAN PEJABAT PERHUBUNGAN PAS SELANGOR LIVE di FB PAS SELANGOR LIVE LAJNAH PENERANGAN MEDIA BARU Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor #IslamMemimpinPerpaduan #Desam #Terusstqomah #MuafakatNasional"

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hari Kemerdekaan tahun lepas termasuk tahun ini 2021 tidak lagi boleh disambut seperti tahun-tahun yang sebelum ini dimana rakyat Malaysia ada yang datang dari serata negeri berkumpul beramai-ramai di dataran merdeka menyambut Hari Kemerdekaan.

Kempen Kibar Jalur Gemilang seperti yang sedia, dilihat di sekolah-sekolah mahupun di pejabat-pejabat, namun kini segalanya sudah berubah. Sekolah ditutup, perkerja di pejabat pula ada yang dicutikan dan ada juga yang bekerja dari rumah.

Seronoklah bagi lapisan masyarakat atasan yang berusia belasan tahun ke atas kerana mempunyai pengalaman betapa meriahnya sambutan Hari Kemerdekaan ini. Kesian pada generasi bawah yang tidak dapat merasa dan mungkin langsung tidak tahu akan semangat patriotisme.

PAS Selangor mengadakan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2021 bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan pada tahun ini walau sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang lain. Ikuti pelancaran kempen kibar jalur gemilang ini untuk tahu lebih lanjut tentang erti kemerdekaan walau tanpa perarakan. Pelancaran akan diadakan seperti maklumat berikut,

Tajuk    : “Kibarkan Jalur Gemilang”
Tarikh   : 14 Ogos 2021
Masa     : 9.00 Pagi
Tempat  : Perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Selangor
Medium : Live di FB PAS Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor