1. Hari mereka bermula dengan menyiapkan pek kecemasan lockdown untuk guru- guru PASTI Hidayah dan PASTI At-Taqwa, Jalan Kebun. Penyerahan pek kebajikan ini diserahkan kepada Sdr Azman Mohd Mah Husin selaku pengurus di kedua-dua PASTI berkenaan. Sumbangan berbentuk barangan asas, ayam dan sayur-sayuran. Penyerahan telah dilakukan di PASTI Hidayah, Jalan Kebun.
2. Seterusnya, penyerahan beras kepada Persatuan Anak-Anak Pahang Diperantau melalui exconya Ustaz Mohd Fadzil Che Lah yang bertempat di Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMAL SELANGOR.
3. Penyerahan sumbangan 50 ekor ayam (sumbangan seorang pengusaha ayam) dan sayur-sayuran dari kebun Amal kepada Wakil AJK KRCAMAL SELANGOR, Ustaz Hafizul Husni Al-Banjari. Sumbangan berkenaan adalah untuk edaran asnaf dan penduduk di sekitar Seksyen 27, Shah Alam.
4. Penyampaian sumbangan makan tengahari untuk 25 penghuni anak-anak yatim Ulin Nuha, rumah angkat KRCAMALSELANGOR. Terima kasih Sdr Badrol Isham atas sumbangan yang menceriakan anak-anak ini.
5. Misi terakhir adalah menyampaikan sumbangan barangan asas, susu dan pampers kepada sebuah keluarga muda India yang memerlukan bantuan untuk anak mereka yang berusia setahun dua bulan.