Home Berita PAS Selangor

Laporan aktiviti kebajikan harian KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | KRCAMALSELANGOR telah mempertingkat dan memperluaskan pergerakan program bantuan kebajikan memandangkan situasi yang menuntut keberadaan relawan Amal di tengah-tengah masyarakat dan juga situasi pandemik yang kian meruncing.

1. KRCAMALSELANGOR memulakan hari dengan menghantar sumbangan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang kini termasuk zon kritikal, kerana jumlah pesakit jangkitan Covid meningkat secara mendadak.

Hospital-hospital di seluruh negara kini kekurangan tempat dan fasiliti. Juga diberitakan, bahawa terdapat keputusan untuk segera membina Hospital Medan ATM.

Frontliners terpaksa menggandakan usaha walaupun mereka sebenarnya sudah kepenatan. Jesteru kehadiran KRCAMALSELANGOR kali ini sebagai tanda kebersamaan dan sokongan berterusan kepada perjuangan frontliners di sana.

May be an image of 1 person, standing and headscarf2. KebunAmal KRCAMALSELANGOR telah menyumbangkan lebih 60 kg sayuran segar untuk Asnaf dan mereka yang memerlukan di sekitar DUN Selat Klang.

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor3. Ziarah Prihatin kali ini menziarahi seorang aktivis PAS, Sdr Ihsan Fairuz di Sentosa. Beliau mengalami ‘Mild Stroke’ sejak 2 minggu lalu. Semoga beliau kembali sembuh

May be an image of food and indoor

4. Seterusnya, misi menyampaikan sumbangan barangan asas dan ikan segar. Kali ini, sumbangan telah dibantu oleh relawan Amal, Pn Nirmala Devi dan Pn Kody serta Pengerusi JMB Impian Villa Sentosa.

Menurut laporan banyak kibaran bendera putih di Apartment ini. Tahniah diucapkan kepada relawan Amal Puan Nirmala dan pihak JMB yang pantas membantu.

5. Sementara itu, Pusat Komuniti KRCAMALSELANGOR yang terletak di Taman Alam Permai telah mengedarkan sumbangan 70 kg ikan segar kepada Asnaf, ibu tunggal, guru-guru PASTI ZON Jalan Kebun juga mereka yang memerlukan barangan basah.

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

6. Langkah terakhir, para relawan Amal telah turun memenuhi janji dengan pihak UiTM walaupundalam keadaan hujan renyai untuk membantu Mahasiswa menyediakan makan malam untuk para penghuni Kolej Perindu, Seksyen 2.

2 Ekor kambing disembelih khas untuk tujuan penyediaan juadah ini. Penyerahan sumbangan terpaksa dilaksanakan di pintu masuk utama UiTM atas kekangan situasi Pandemik. Tuan Adi selaku Pengetua Kolej bersama para pegawainya telah menerima sumbangan ini.

Pihak pejabat perhubungan UiTM sangat berterima kasih atas kelangsungan Program Prihatin Mahasiswa 17.0 dan memilih UiTM kali ini, yang juga merupakan kali ke-5 sejak PKP.

Sama-sama kita doakan kelangsungan program dan aktiviti kebajikan, kemanusiaan dan dakwah melalui KRCAMALSELANGOR berjalan lancar dan keselamatan untuk semua relawan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor