Home Berita PAS Selangor

Laporan aktiviti harian KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Aktiviti kebajikan KRCAMAL SELANGOR yang berada dibawah PAS Kawasan Kota Raja masih lagi berjalan dari hari ke hari membantu dan menyokong mereka yang memerlukan.

1.KRCAMALSELANGOR telah menziarahi seorang individu bernama Denish, 11 Tahun yang baru kehilangan ibu beliau Khamis minggu lepas di Puncak Alam, Kuala Selangor. Sementara ayah Denish masih bertarung nyawa di Hospital Sungai Buloh.

Menurut laporan, pakcik Denish juga telah meninggal dunia seminggu sebelum Ibu beliau meninggal dunia serta meninggalkan 7 orang anak. Kedua-dua mereka telah meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Alhamdulillah, Denish yang kini telah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dijaga oleh seorang lagi pakciknya di Puncak Alam, Fasa 2, Kuala Selangor. Semoga Denish dan keluarga ini tabah melalui ujian getir yang tidak terduga ini.

2. Pusat Operasi Bantuan Lockdown Kompleks KRCAMALSELANGOR beroperasi seperti biasa. Ramai yang hadir meminta sumbangan dan penyerahan sumbangan dilaksanakan dengan cara yang teratur dengan mendaftarkan nama, pemeriksaan suhu dan pematuhan SOP yang ketat.

Pihak PAS Kawasan Kota Raja sentiasa membuka pintu kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira status kewarganegaraan mereka.

3. Penyerahan pek kecemasan lockdown dan beras kepada relawan KRCAMALSELANGOR, Pn Rosmah Ahmad bagi tujuan edaran dan agihan kepada mereka yang memerlukan di Zon Andalas.

Mari kita sama-sama doakan semoga usaha ini membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan bantuan dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang kepada program-program kebajikan KRCAMALSELANGOR, sila klik ke pautan link ONPAY di bawah:
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor