Home Berita PAS Selangor

Jom bersama ambil peduli jiran – PAS Kawasan Petaling Jaya

9
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎RONAVIRUS CORONAV KDOWN جيرن قدول CORONAVIRUS امبيل 09 Jom Bersama OWN LOC Ambil Peduli Jiran Disamping Bantuan Kerajaan, Sama sama ambil peduli jiran & Saudara sekeliling Tanya Khabar Berkongsi Rezeki Dalam keadaan yang getir, mungkin jiran kita memerlukan bantuan. Terutama mereka yang tidak ada pendapatan tetap #ambilpedulijiran #lockdownkendiri‎"‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat dalam kawasan kejirananyang sama samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah flat atau kondominium. Jiran juga orang pertama kita cari jika kita dalam kesusahan dan orang pertama kita bantu jika dia berada dalam kesusahan.

Rasullullah SAW mengingatkan kita akan tanggungjawab sebagai manusia yang bermasyarakat ;

“Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan.”

Memetik kenyataan PAS Kawasan Petaling Jaya bahawa, Islam mengajar umatnya untuk sentiasa ambil tahu akan keperluan jiran tetangganya dan mereka juga mempunyai hak terhadap kita. Mungkin kita belum kaya tetapi jadilah insan yang kaya jiwa dan insan yang terbaik, dengan menjadi jiran yang terbaik dalam masa yang sama maruah diri dan maruah jiran juga terjaga.

Oleh itu, PAS Kawasan Petaling Jaya mengajak kita agar sentiasa cakna tentang kebajikan dan segala yang berlaku kepada jiran tetangga kita. Jangan biarkan bangun esok pagi ‘bendera putih’ ada di depan rumah jiran kita. InshaAllah jika kita membantu antara satu sama lain, keberkatan persaudaraan itu akan membawa lebih manfaat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor