Wangsa Maju, 24 Julai – Satu laporan polis terhadap penghinaan Nabi Muhammad s.a.w telah dibuat jam 10.30 pagi tadi di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur.
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Manap membuat laporan polis tersebut bersama-sama wakil PAS Titiwangsa, En. Hedzer Ibrahim, wakil PAS Seputeh, Haji Abu Baker Sedek, wakil PAS Kepong, Haji Amran dan wakil Dewan Ulamak Wilayah, Haji Hoslan Hussin.
Turut serta dalam menyokong laporan polis ini juga ialah Naib Ketua Umno Titiwangsa, Haji Zulkifli, Setiausaha Bahagian, Dato’ Azizul dan empat orang lagi AJK.
Laporan polis dibuat bertujuan menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Wendy Loong atas penghinaan Nabi Muhammad s.a.w di laman facebooknya.
Umat Islam melihat perkara ini sangat serius dan mesti diambil tindakan tegas oleh pihak yang berkuasa.
Nabi Muhammad s.a.w ialah Nabi yang dimuliakan Allah dan mengajarkan perkara baik buat umatnya.
Sebagai umat Islam, kita mestilah pertahankan kemuliaan ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk menolak tuduhan tidak baik kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh itu, PAS Wilayah Persekutuan, PAS Titiwangsa dan Umno Bahagian Titiwangsa bersatu dan bertegas dalam hal ini.
Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera agar Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam tidak dipermain-mainkan oleh mereka yang benci kepada Islam.
“Islam Memimpin Perpaduan'”