Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kilang haram ancam kesihatan dan nyawa, kerajaan Kedah perlu lebih serius

608
SHARE

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
25 Julai 2019

KILANG HARAM ANCAM KESIHATAN DAN NYAWA,KERAJAAN KEDAH PERLU LEBIH SERIUS

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengesa kerajaan negeri Kedah supaya mengambil tindakan yang konkrit dan tegas terhadap lebih 40 buah kilang-kilang memproses sisa plastik di Sungai Petani yang beroperasi secara haram kerana mengancam kesihatan dan nyawa penduduk setempat.

Asap yang dilepaskan dari kilang-kilang berkenaan telah mencemarkan kualiti udara dan menyebabkan bau busuk yang berlebihan serta boleh mengakibatkan implikasi kesihatan yang buruk terhadap penduduk.

Selain itu , tindakan penduduk untuk membantu melaporkan maklumat tentang kewujudan kilang-kilang haram ini telah menimbulkan suatu ancaman bahaya terhadap keselamatan dan nyawa apabila difahamkan mereka diugut oleh orang-orang yang dipercayai diupah oleh pihak kilang terbabit. Ancaman ini sangat serius apabila telah zahir kes seorang lelaki telah cedera dipukul oleh tiga lelaki dipercayai upahan dari kilang yang beroperasi secara haram pada awal Julai yang lalu.

Tindakan menyita kilang-kilang haram, memotong bekalan elektrik dan air,didapati mereka tetap meneruskan operasi seperti biasa tanpa ada tindakan pemantauan susulan daripada pihak-pihak berwajib.

Aktiviti kitar semula dan memproses sisa plastik secara haram ini juga dilihat mendatangkan kerugian besar kepada pihak kerajaan negeri Kedah kerana tidak ada langsung pendapatan melalui sumber hasil pencukaian dan perlesenan disamping terpaksa menyediakan kos operasi penyitaan dan pembersihan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menggesa pihak kerajaan supaya menubuhkan suatu jawatankuasa bertindak khas untuk menangani isu ini dan mengadakan konsultasi awam agar isu ini dapat dilihat secara kritikal dan melibatkan banyak pihak.

Usaha penduduk memantau , mengadakan demontrasi ,membuat petisyen , menghantar memorandum kepada para pemimpin , membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Pembadaran Sungai Petani ,membuat bacaan kualiti udara dan membuat laporan polis mestilah dipandang serius dan tidak diremehkan oleh pihak kerajaan negeri Kedah.

Usahlah hanya menonjolkan keprihatinan kerajaan terhadap kelestarian alam sekitar melalui program “Kedah Go Green” akan tetapi Sungai Petani telah menjadi destinasi besar memproses sisa plastik yang dibawa masuk dari luar negara tanpa ada tindakan besar-besaran bagi menangani isu tersebut.

“Demi Islam”

Yang Benar,

Ustaz Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah