Home Berita PAS Negeri Sembilan

Langsung PRN N9 : Laungan takbir mengiringi calon PN N09 Lenggeng

67
SHARE

 

Oleh M RAZIF JAMAL

SEREMBAN, 29 JUL : Calon Perikatan Nasional N.09 Lenggeng, Haji Fadli Che Me kelihatan mula memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Komuniti Desa Kg. Pantai, pada jam 9.05 pagi ini, di sini.

Beliau turut bersama berhimpun dengan lebih 200 orang para penyokong PN berdekatan pusat berkenaan, yang dimulai dengan munajat dan doa dipimpin oleh Pasukan Kempen Ulamak Kawasan Seremban.

Perarakan bermula di perkarangan Masjid Khairiah Pantai dan menuju pusat penamaan diiringi pihak keselamatan Jabatan Amal Malaysia (JAM) serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM), yang turut mengawal ketat keselamatan para peserta himpunan bagi mengelak sebarang insiden provokasi pihak lawan.

Cuaca yang redup menambahkan laungan semangat dan kempen dari ke semua kumpulan peserta himpunan parti bertanding yang berhimpun di pekarangan pusat ini di sini.

Pertandingan tiga penjuru dijangka berlaku dimana Fadli akan bertembung dengan calon dari Barisan Nasional, Mohd Hasna Amin, dan seorang calon Bebas (Buku) yang menyaksikan ke semua calon merupakan muka baru yang dicalonkan bertanding di DUN ini berdasarkan pengumuman calon yang telah dibuat oleh kesemua parti itu kelmarin.

Untuk rekod, pada Pilihan raya umum (PRU-14), calon DUN 09 Lenggeng daripada parti PAS ; Mohammad Ghazali Abu Bakar berhadapan dengan dua calon lain daripada PKR-PAN, Ustaz Suhaimi Kassim dan Barisan Nasional (BN), Mazalan Maarop.

Ghazali dari PAS hanya memperolehi 1,612 undi, tewas kepada parti lawan daripada PKR-PAN, Suhaimi dengan memperolehi 7,456 undi manakala Mazalan calon BN mendapat 6,470 undi dengan majoriti 986 undi.

PRU-14 juga mencatatkan Negeri Sembilan telah dimenangi oleh Pakatan Harapan dengan mendapat 20 kerusi, Barisan Nasional (16), manakala PAS tidak memenangi sebarang kerusi dari 27 kerusi yang ditandingi.

PRN Negeri Sembilan diadakan setelah berlaku pembubaran DUN oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 1 Julai lepas.

Tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dan tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.