Home Berita PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Us Shafie Ngah : Apakah MN Ada ‘Political Will’

590
SHARE

‘Political will’ saya ertikan sebagai kesungguhan mahu mencapai cita-cita.

Soalannya, apakah Muafakat Nasional ada kesungguhan itu?

Jawaban bagi soalan itu saya serahkan kepada anda. Cuma saya saya ingin menarik perhatian anda kepada mood orang awam pada waktu ini, betapa rata-ratanya kelihatan agak selesa dengan suasana baru pentadbiran dan pengurusan politik negara.

Keresahan jiwa dek gejolak bahang perkauman, persendaan amalan Islam, perendahan institusi raja, ketidaktentuan kedudukan ekonomi negara dan lain-lain lagi, nampaknya mula reda.

Survey awam menunjukkan demikian, khusus bagi kelompok pengundi Melayu.

Sekalipun pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina masih tidak berubah (tanpa ada dapatan kajian khusus mengenai sebab mengapa sikap itu sedemikian), perubahan kemahuan masyarakat Melayu secara jelas ini boleh membantu anda menjawab soalan awal tulisan ini.

Kami juga sama. Dapatan survey berkaitan turut memberi kesan kepada Muafakat Nasional peringkat Negeri Selangor.

Justeru, MN Selangor bukan sahaja suatu kemahuan parti-parti di dalamnya malah lebih dari itu, mahu bersama-sama masyarakat awam merealisasikan cita-cita melahirkan masyarakat madani, harmoni dan sejahtera.

Jom kita bersama, demi negara tercinta.

Foto : Mesyuarat Muafakat Nasional Selangor malam tadi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

15 Zulhijjah 1441H | 5 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan