Home Artikel PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Daging Korban Untuk Fakir Miskin & Orang Susah

139
SHARE

Antara perkara istimewa dalam kebanyakan ibadah dalam Islam adalah hubungannya dengan orang susah dan fakir miskin.

Ibadah zakat misalnya, merupakan pemberian kepada asnaf, atau lebih khusus; pemberian kepada orang susah dan fakir miskin.

Satu lagi; puasa, adalah menifestasi kepada merasakan bagaimana menjadi orang susah dan fakir miskin, dengan tidak makan dan minum dalam jangkamasa yang panjang.

Begitu juga dengan ibadah korban. Ia bukan sekadar menyembelih binatang. Kerana ia juga adalah suatu menifestasi kepada pengorbanan. Mengorbankan harta yang disayangi untuk diberikan kepada orang lain. Orang lain itu adalah orang susah dan fakir miskin.

Apabila daging-daging korban diberikan kepada orang susah dan fakir miskin, ibadah ini menjadikan asbab wujudnya hubungan baik sesama ummat. Juga menyebabkan jurang miskin kaya menjadi rapat.

Sembelihan binatang korban bukan untuk menjamu nafsu serakah orang kaya. Tidak seperti sembelihan berjuta-juta ekor binatang sehari untuk menjamu golongan berada dan kaya di rumah-rumah makan yang hebat.

Indahnya Islam, bukan?

11 Zulhijjah 1441H | 1 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan