Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor – Ameerah Selangor Ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha 1441H

118
SHARE

Ameerah Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Mengambil ibrah daripada sirah Nabi Ibrahim AS serta anakanda baginda Nabi Ismail AS mengangkat pengorbanan dan ketaatan dalam melaksanakan syariat Allah.

Sesungguhnya, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, nescaya Allah akan turunkan hikmah terindah buat hamba-hambaNya. Dalam kemeriahan sambutan hari raya kali ini perlu disertai dengan kawalan kendiri termasuklah penjarakan sosial dan pemakaian penuh separuh muka. Norma baru ini adalah sebahagian daripada jihad kita memerangi wabak COVID19. Semoga dengan pengorbanan yang kita lakukan ini, Allah SWT akan melenyapkan wabak yang melanda negara Malaysia tercinta.

Nurul Husna Abd Hamid
Pemangku Pengarah
Ameerah Selangor

31 Julai 2020
10 Zulhijjah 1441H

AmeerahSelangor

AmeerahMalaysia

MuslimatMudaPAS

AnakMudaSokongPAS

PASSelangor

BersamaMembawaSejahtera

IslamMemimpinPerpaduan