Apabila hari Jumaat adalah hari cuti di Selangor, paginya kita boleh hidupkan dengan ilmu. Ilmu ini penting bahkan sangat penting. Tidak sedikit mereka yang tidak bertambah ilmu mereka hari demi hari terutama ilmu tentang silaturrahim, ilmu tentang menghormati jiran, ilmu tentang memelihara hak orang lain, ilmu tentang kotornya rasuah dan salahguna kuasa, ilmu tentang adanya pembalasan di hari akhirat, ilmu tentang syurga neraka dan seumpamanya.
Justeru apabila kita establish-kan satu hari sebagai hari ilmu, maka kecil besar tua muda lelaki wanita akan berbondong-bondong mengimarahkan program ilmu di seluruh medan ilmu. Tak perlu tunggu pencen baru nak mendekati tempat ilmu. Menarik bukan?
Apabila hari Jumaat adalah hari cuti di Selangor, petangnya pula kita jadikan sebagai hari kebajikan. Dalam masyarakat kita ramai orang suka buat amal kebajikan lebih-lebih lagi orang yang berduit.
Mereka lebih suka menyampaikan bantuan dengan sendiri. Bahkan itu lebih seronok berbanding menyampaikan melalui orang lain. Justeru, apabila kita budayakan satu hari sebagai hari berbuat kebajikan maka akan meriahlah negeri ini dengan program kebajikan.
Menyantuni warga emas, meraikan anak yatim, menziarahi orang sakit, membantu fakir miskin dan sebagainya. Bayangkan di seluruh pelusuk negeri ini penuh dengan aktiviti kebajikan. Lebih dari itu, semua kumpulan boleh aktif dengan amal kebajikan. Indahnya suasana, kan?
Apabila hari Jumaat adalah hari cuti di Selangor, kita akan olah supaya hari cuti kedua (Sabtu, contohnya) adalah hari keluarga. Maksudnya, seisi keluarga menjadikan pertautan keluarga dan silaturrahim menjadi keutamaan.
Kita pasakkan di benak sanubari warga Selangor terutama yang bekerja sepanjang minggu supaya tidak mengkesampingkan institusi keluarga. Kerja kerja juga, keluarga tetap utama.
Pasti insyaAllah institusi keluarga akan menjadi utuh, mantap dan berdaya. Perbalahan keluarga seperti salah faham suami isteri, perceraian, pengabaian nafkah, pengabaian anak-anak dan seumpamanya akan berkurang. Best bukan?
Apabila hari Jumaat adalah hari cuti di Selangor, kita letakkan mindset kepada seluruh warga Selangor dan mereka yang akan bertandang ke negeri ini bahawa Selangor sedang menuju ‘baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafuur’.
Menunjukkan bahawa rakyat Selangor punyai agenda besar; memakmurkan negeri dengan pekerjaan dan giat usaha, pada masa yang sama redha Allah tetap didamba.
Apabila hari Jumaat adalah hari cuti di Selangor, percayalah kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan di pejabat-pejabat dan sektor pekerjaan. Apa tidaknya tiada lagi time rehat yang panjang di tengahari, sedang eletrik tetap beroperasi.
Kerugian itu dapat dikurangkan minggu demi minggu, apabila tiada lagi waktu bekerja seumpama jumaat hari ini. Seterusnya, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Alangkah baiknya jika kerugian-kerugian itu dapat diganti dengan memperbanyakkan peruntukan kepada membuka peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Betul kan?
O Allah, I have a dream.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor