Home Artikel PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah – Dewan Himpunan Pendukung PAS dan Parti PAS Berpisah Tiada.

237
SHARE

Menziarahi Ketua Wanita DHPP Shah Alam sebagai menyatakan rasa kebersamaan akibat sedikit ujian yang dihadapi.

Bahagian hadapan rumah beliau, termasuk sebuah kereta miliknya rosak akibat pokok tumbang tengah malam semalam semasa ribut melanda kawasan berkenaan.

Kami kongsikan dengan beliau, tentu ada sesuatu kebaikan di sebalik peristiwa tersebut. Allah Maha Tahu.

Turut sama hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dan Ketua Wanita DHPP Selangor.

Sebelum kehadiran kami, wakil PAS Kawasan Shah Alam dan Ketua DHPP Selangor Datuk K. Deepakaran telah lebih awal menziarahi beliau. Tahniah!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor