Home Artikel PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor – Jabatan Amal Malaysia Wadah Pemuda Berbakti Tanpa Balasan

387
SHARE

  1. Saat mutakhir ini, media sosial habis digalakkan dan heboh perihal akan gerakan penubuhan Parti Muda Malaysia oleh YB Syed Saddiq. Habis semua nama orang muda seronok di “claim” oleh parti YB Syed Saddiq dan konco konco mereka. Orang muda dan status parti muda penuh idealisme pasti mencipta “hype” dikalangan netizen Twitterjaya. Kita semua tahu orang muda yang mereka “claim” ini pon belum lagi terbukti mahu turun ke gumpalan lumpur bersama masyarakat di bawah.

Jabatan Amal dan “track record” yang terbukti!

  1. Kita di Pemuda PAS melihat bahawa ruang partisipasi politik dan sumbangan kepada masyarakat amat luas. Bukan sekadar di medan politik menjadi Yang Berhormat semata. Ummah ini memerlulan gerakan sosial anak muda yang berfungsi dengan baik sebagai agen penyatuan, yang turun ke bawah bersama masyarakat, membantu dengan tulang empat kerat dengan ketumbukan pasukan yang utuh. Membina kekuatan dalaman melalui “sense of belonging” dan merasai denyut nadi kepayahan rakyat dibawah. Bukan kelompok elitis, bukan sekadar retorik anak muda tetapi gerakan akar umbi amat lemah dan bersifat kayangan semata.
  2. Justeru, pada cuti Hari Malaysia yang lalu di saat sebilangan anak muda meraikan tanggal cuti Hari Malaysia dengan bercuti dan berehat di rumah masing masing, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak telah menggerakkan anggota Amal dalam Ops Malaysia Prihatin di ketiga tiga Dun di dalam Parlimen Gombak. Tuan rumah ialah di Dun Hulu Kelang. Kali ini sahabat sahabat kami di Jabatan Amal membantu membersihkan Surau Nurul Iman Kg Kemensah dan rumah yang terlibat dengan banjir kilat dek akibat hujan berpanjangan di Kota Lumpur ini.
  3. Di DUN Gombak Setia pula
    anggota Amal mengutip dan membersihkan sampah di sekitar Jalan Besar Taman Greenwood sehingga ke Masjid As Syarif, Simpang 3. Alhamdulillah kekuatan anggota dihadiri. lebih kurang 15 orang.
  4. Begitu lah kami di Pemuda PAS ni teman teman, kerja cari glemer pasti bukan bersama kami di Jabatan Amal. Kerja renyah, harus berkorban masa,tenaga dan wang ringgit sudah menjadi lumrah kami di Pemuda PAS. Bukan kerana kami tak boleh nak gila glemer mencari publisiti di sana sini, kita pon faham bagaimana anak muda sebenarnya mahu memberi yang lebih kepada masyarakat dan khidmat yang terbaik. Maka biarlah mereka yang suka glemer dan cari populariti mencari jalan parti yang sesuai dengan mereka waima atas nama anak muda n etc. Bagi kami sebagai Pemuda PAS ialah berusaha mencari redha Allah dengan berusaha bersungguh supaya manusia/masyarakat merasai kehadiran kami di lapangan ummah!

Tahniah kepada Seluruh Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor