Home Berita PAS Negeri Sembilan

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Negeri Sembilan sumbang peti sejuk terpakai kepada seorang warga emas

200
SHARE

OLEH: RUSILAH MD SOM

LUBOK CHINA, 14 Ogos : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan (LKKPN9) menyampaikan peti sejuk terpakai kepada seorang warga emas yang menjaga 3 orang anak yatim di sini, semalam.

Terdahulu, iaitu pada 1 Ogos yang lalu, Pengerusi LKKPN9, Ishak Omar telah menerima sebuah peti sejuk dua pintu sumbangan daripada seorang penduduk yang tinggal di Taman Bandar Seremban Selatan

“Saya telah diamanahkan agar peti sejuk tersebut dapat diberikan pada mana-mana asnaf yang benar-benar memerlukannya,” kata Ishak Omar kepada pemberita.

Menurut Ishak Omar beliau memilih untuk memberikan peti sejuk tersebut kepada uwan Termah Kassim, seorang warga emas yang termasuk dalam golongan asnaf, menyara 3 anak yatim yang merupakan cucunya sendiri.

“Secara kebetulan, Uwan Termah ada mengadu kepada saya berkenaan peti sejuk beliau telah rosak,” ujar Ishak lagi.

Usaha penghantaran peti sejuk ke rumah warga emas yang terletak di Kg Sungai Radin, Lubok China, Negeri Sembilan itu turut dibantu oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Dewan Muslimat Kawasan Rembau, Azamah Awang, dan dua orang Ahli Jawatankuasa LKKP Kawasan Rembau Idris Zaharia dan Ibrahim Ishak, tambah beliau lagi.

Menurut Azamah Awang, dikesempatan itu juga mereka turut menyampaikan sumbangan set barangan dapur kepada keluarga tersebut.