Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Shahril Rizal Saidon
SUNGAI BESAR, 22 Ogos – PAS Kawasan Sungai Besar bersama Yang Berhormat Cikgu Muslimin Bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar telah menyampaikan lagi 200 bungkus ayam beku kepada masyarakat pada pagi ini.
Sumbangan kali ini tertumpu di sekitar kawasan Kampung Rancangan Tanah Belia 1 (RTB1), Sungai Panjang, yang mana ianya terdiri daripada 16 buah kampung tradisi di sekitar kawasan Sungai Panjang.
Sumbangan turut disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Mohamad Razali Bin Saari yang berada di lokasi ke 2 hari ni.
4 lokasi yang dirancang untuk program hari ini antaranya di Balairaya Kampung Rancangan Tanah Belia 2 pada sesi pertama yang bermula jam 8 pagi dan akan berakhir pada jam 4 petang nanti.
“Dengan sumbangan ini, Harapan kami dapatlah membantu meringankan beban masyarakat yang terjejas di sebabkan pandemik Covid 19 yang masih berlarutan sejak ianya bermula pada 25 Januari 2019 yang mana seorang rakyat negara China telah masuk ke Malaysia daripada Singapura”.
Turut serta dalam sumbangan adalah Timbalan Ketua Muslimat, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Besar.
“Terus amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk kita selamat dari wabak ini”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor