Home Berita PAS Selangor

Kutipan sumbangan Palestin oleh PAS kawasan Kapar melebihi sasaran – YDP PAS Kapar

152
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Û 4ررک5ش GAMABAN KAPAR AIS Al9 PAS KAPAR MENYUMBANG RM 70,000 KEPADA RAKYAT PALESTINE Terina Kasih Kepada Semaa Penyunbang #AID4PALESTINE Ikhlas daripada KAWASAN PASKAWASANKAPAR KAPAR Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh TimbalanPesuruhjaya2PAS Timbalan Negeri Selangor Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Kempen yang dibuat oleh Sekretariat Aid4Palestine untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada perjuangan rakyat Palestin telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan disambut oleh ahli dan pimpinan PAS disemua peringkat.

YDP PAS Kawasan Kapar iaitu Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh dalam satu kenyataan beliau selepas berjaya mengumpulkan dana diperingkat PAS Kawasan menyatakan ucapan jutaan terima kasih atas semangat dan keprihatinan yang diperlihatkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan, baik daripada AJK Kawasan, Dewan-dewan, Cawangan, individu mahupun NGO terhadap penganiayaan dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara kita di Gaza dan Aqsa khususnya.

Menurut beliau, kutipan sumbangan awal PAS Kawasan Kapar telah pun mencapai target malahan melebihi sasaran awal. Sebanyak RM 70,000.00 berjaya dikutip dan diserahkan kepada PAS Negeri Selangor pada hari ini dan seterusnya akan disalurkan kepada saudara-saudara kita di sana pada kadar segera.

Walaubagaimanapun, jumlah ini jauh dari mencukupi berbanding keperluan sebenar saudara kita sana. Maka kutipan akan terus berjalan melalui Fasa ke-2 dan akan diserahkan pada 28 Syawal 1442H, jelas beliau lagi.

Ustaz Noor Najhan yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor turut menyeru agar semua pihak dapat teruskan menyumbang. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan terhadap kehidupan kita semua, dan memberikan kemenangan terhadap perjuangan Islam menumpaskan Zionis laknatullah, InsyaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor