Home Artikel PAS Pulau Pinang

KURSUS PENGURUSAN PAS NEGERI PULAU PINANG

54 views
SHARE

Oleh : Farhana Fadhil

13 Jan 2019| Ahad |KEPALA BATAS

Kursus Pengurusan PAS telah berjaya dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang (BPPNPP) pada 13 Januari 2019 bagi memantapkan peranan seorang setiausaha yang berwibawa.

Penyertaan kursus adalah seramai 150 orang yang terdiri daripada setiausaha-setiausaha PAS Kawasan, Dewan dan Cawangan.

Bertempat di Dewan Seminar, Markaz Tarbiyah PAS Negeri, Pongsu Seribu, Kepala Batas, kursus bermula pada jam 8.30 pagi dimulai dengan ucapan aluan dari En. Iszuree Ibrahim selaku setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang. Beliau menyatakan bahawa kursus sebegini merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan gerak kerja PAS berjalan dengan tersusun.

Program diisi dengan pembentangan pertama oleh En. Khairul Faizi Ahmad Kamil, Penolong Setiausaha Agung PAS Malaysia bertajuk Pengurusan dan Persiapan Mesyuarat Agung Cawangan, Kawasan dan Dewan serta Pengurusan Dokumentasi. Beliau menegaskan tentang perkara-perkara penting yang perlu diambil serius sebagai seorang setiausaha yang berkaliber.

Seterusnya diikuti dengan pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Peranan Setiausaha dan Applikasi BPMS Dalam Pengurusan Organisasi dan Kemahiran Komunikasi oleh Ustaz Afnan Hamimi Taib Azemudden, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia.

Pembentangan yang sangat jelas kepada seorang setiausaha bagaimana menjalankan tugas setiausaha serta teknik menyampaikan maklumat dengan baik dan berkesan.

Program dirasmikan oleh En Norazman Ishak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 3.

Kursus ini dilihat dapat memberi garis panduan kepada semua setiausaha dalam menjalankan amanah mereka.

Akhir program semua peserta diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan.