Home Berita PAS Pulau Pinang

Ziarah Prihatin Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh

824
SHARE

13 Jamadil Awal 1440 |19 Jan 2019|Sabtu |3 petang.

Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan serta Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh (DMPKPP) bersama memulakan aktiviti Ziarah Prihatin dengan mengadakan lawatan pada petang ini di Hospital Seberang Jaya,untuk menziarahi salah seorang sahabat yang telantar sakit sejak beberapa hari yang lalu.

Ziarah disertai oleh beberapa orang AJK DMPKPP dan Ameerah bersama-sama Ustazah Nor Hapizah Saad, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.

Sedikit sumbangan dihulurkan tanda simpati di atas keadaan pesakit yang diziarahi.

Program Ziarah Prihatin ini sememangnya sentiasa ada di dalam takwim aktiviti DMPKPP sepanjang tahun.