PERMATANG PAUH: Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Permatang Janggus, di sini semalam.
Kursus khas untuk kaum wanita ini bertujuan memberikan pendedahan dan mempersiapkan peserta dengan ilmu mengurus jenazah secara menyeluruh meliputi teori dan praktikal.
Selain itu, penganjur juga mensasarkan kursus fardu kifayah ini ke arah melahirkan lebih ramai para petugas pengurusan jenazah muslimah di negeri ini khususnya di Permatang Pauh.
Program telah dikendalikan oleh petugas Masjid Daerah Seberang Perai Tengah Bandar Perda, Ustazah Shahmun Ali yang berpengalaman luas dalam dakwah dan pengurusan jenazah.
Sepanjang kursus yang mendapat kerjasama pihak Masjid Permatang Janggus ini, peserta diterang dan diajar proses mengendalikan jenazah dari memandikan hingga mengafankan